Monday, 28 March 2011

B.U.L.A.N.

Ok, lupakan metal, music, jiwang, dan semua perkara yang boleh buat kau rasa mual.
Aku nak bercakap tentang kejujuran.
Bukan jujur, tapi metafora.

Metafora dalam satu bentuk kejujuran.
Macam puzzle yang terbentuk dalam satu kisah....

....yang bernama misteri....

Aku lelaki.
Jadi dia panggil aku PUNGGUK,
Ada masanya dia panggil aku BONYOT (nama yang agak lucah),
ataupun BOYOT,
PEHLEK,
ataupun sebenarnya dia nak labelkan aku PELIK,
CABAI,
dan berbagai....

Tapi aku panggil dia BULAN,
sebab benda yang besar,
yang kita selalu mengadap,
dan takkan lari dari kita...besar punya,
seperti mana beliau besar dalam perut aku...

"Dari mata turun ke hati..."
......dari hati turun ke perut...... tu quote dia...

Hummingbird, can I worship you?

-yusuffhimselflatelyisfallinlove- 

Prologue of Chaos After Burial

PROLOGUE OF CHAOS AFTER BURIAL
Music written by: Yusuff
Lyrics by: Yusuff

1)
They spit their lie to ears when vomit of purity can't be contained.
We take all the consequences for the godlike being are not to blame.
How selfish of mortals annoy me since greed can’t be fulfilled this time.
The four horsemen have arrived and it's time to celebrate the world of death.
I! Will no longer be your frame of the shame!
I! Am continued to be eternal slave!

2)
You shall no longer be the burden and the rest will never follow.
For we are banned from your heaven - your creation, your most mythological.
How was your filthy faith? Does statue of prophecy can speak today?
The soulless became the idol when solitude of man has turn to...
Be warned! The heart shall be the seed of hate!
Speak none! You will enthrone as good as dethroned!
Dying protestant! The evil has rape their belief!
Babylon is falling! Yet no one give a shit bout hell!

(Chorus)
There’s nothing I can do today - I’m too late.
I can say that you’re obsessed because being so much proud.
There’s no need to regret again. It remains within you. You shall stand alone.

3)
They came before I blink my eyes.
The preach begin to break our heart.
Their soulless work will make us cry -
How sympathy can make us die.

(Bridge)
Where was your might when death came for thee?
I have none but words and only obey him!
How can you be so sure for what you never kneel?
When heaven is abstract and hell is so real!

Epic of The Condemn

EPIC OF THE CONDEMN
Song written by: Ezy
Lyrics by: Shawal / Yusuff

1)
The incarnation trigger the inner blaspheme below dwell all the sin!
Instruct the painful handle with care. Leading the light, the war has begin!
Since that, I can’t resist temptation came before I bleed
Before you see the light, you stay in the dark
(Desperately i kill the un-sin people for my fortune for my glory)

(Chorus)
Those who forget are condemn to repeat all the sin

2)
I come to clean the wilderness inside of you. With the black blood inside me I give you.
The sight of pain. True of dark. Taste of sorrow. Now you can live a normal live again.
Since that, it came again. The mankind born against the fate
Death clock has create he waits your turn to die
(Desperately i kill the un-sin people for my fortune for my glory)

(Bridge)
Heretic rise from west of heaven
He rule the world with sight of revenge

3)
Since that, it has begin. Your life has vowed before your pain
Before you came to life, you know it's your fight
(Desperately i kill the un-sin people for my fortune for my glory)

(Bridge)
Heretic rise from west of heaven
Be rule the world with sight of revenge
Prepare to fight you are born for this 
Prepare to die if you seek for peace
Who could you go?
You run away

I'm pretty sure that everyone don't have any idea what am I singing about. So here it is...it was like a story in a form of dialogue in a song, an epic between the corrupted and evil being. Actually I am not good at writing any lyrics actually. But luckily this band wanted to make ‘war-lyrics theme’ so I manage to write this down in 30 minutes (serious shit, 30 minutes) except for 2nd stanza. That's how it looks like. Don't ask me why I wrote this. I'm sure the message is perfectly clear since you can read.

Friday, 25 March 2011

Penang - Scent of Lydia (Scent of Carnage & Lie Your Death in Anger)






ASSEMBLE

‘Dup dap dup dap’ jantung sebesar buku lima ni berbunyi, menunggu detik pada esok harinya. 4 Mac 2011, selepas solat jumaat, aku sempat berjumpa dengan buah hati aku (Ezy, sorry sebab aku lupa kau nak lepak dengan aku petang tu). Yang paling best, sempat tengok cerita 127 Hours. Apa yang aku boleh komen pasal cerita tu ialah, great angle-view, nice frame, storyline aku tak perlu komen memandangkan citer tu based on true event. Cuma scene potong urat dia tu, kredit diberikan kepada sound-crew mereka sebab berjaya membuatkan persamaan potong urat dengan potong kabel eletrik bervoltan 666 watt. Tipu la aku tak ngilu, apatah lagi Cik Bulan. Kalau dia boleh sorok muka dalam badan macam kura-kura, mesti dia buat sepanjang scene potong tangan tu (Cik Bulan jangan marah ya?). Selesai tengok wayang, aku hantar dia balik. Sampai rumah je Ezy dah melepak kat ruang tamu rumah dengan mak aku (korang mengumpat pasal aku ke ha?)
Pada jam 2000 kami bertolak ke rumah Shawal dengan kereta Proton Wira milik Ezy. Elok sampai je,  Ezy sempat berdengkur sambil dengar aku praktis gitar. Tapi sebelum tu sempat dia warm-up jari dengan main scaling dan lagu X-Men. Berkerut dahi dia kalau dia dengar aku salah main. Ezy memang berdisiplin tentang gitar dan sememangnya ada ciri-ciri kapten dalam band. Pada jam 2300 kami bertolak ke rumah Khalid untuk berkumpul di meeting point kami. Khalid bawak Iron-Cobra, Picollo yang tak diketahui, drumsticks, dan walkie-talkie. 20 minit kemudian rombongan van dah sampai. Wira, Adly, dan Adi nampak segar dan bersemangat pada malam tu walaupun perform pada esok harinya dan perjalanan masih jauh.  Setelah Jepp si kamera-man dah kami ‘kutip’, dan Ajis pun kami dah jemput...
….well, gentlemen, into the mouth of hell we march!!!
.... malam kesibukan tu, aku teringat Cik Bulan....


CONVOY

Perjalanan 7 jam mampu membuatkan sesiapa sahaja mengantuk terutamanya bagi pemandu dan paling kritikal ialah waktu malam. Therefore; air-cond + malam = mengantukkan. Shawal dengan mabuk kenderaannya (kalau tu lah apa yang dia dakwa), aku 50-50 pada malam tu. Jadi mengharapkan air tin Red Bull dan lagu Ezy agar memastikan aku dapat teman dia semalaman dalam kereta yang sejuk (kereta Wira memang sejuk eh?).
 Dalam 3 kali berhenti pada malam tu, walkie talkie menjadi mainan antara dua kenderaan ini. Aku ingat lagi pada suasana hening dan sunyi dalam kereta, walkie talkie sudah mula kedengaran benda yang tidak menyenangkan (atau menggelikan?) hati... jampi serapah bahasa Urdu. Sumpah, takut pada mula-mula. Wira sememangnya pandai mengajuk bahasa orang asing. Kami mula membalas panggilan. Teka-teki, undang-undang jalan raya, pig squeal, aerodactyl screech, t-rex, grunt, pelawok pelawok, ke ke ke, grrrr, arrrrr, macam-macam laaaa sampai kalau aku terkenang balik, memang kelakar. We are willing to do anything stupid as long as we can entertain our driver. Itu namanya KAWAN.
Alhamdulillah, pada jam 0645 bertarikh 5 Mac 2011, kami akhirnya sampai ke Penang! Our first stop is Queensbay. Kami dah macam orang jakon nak pijak di bumi yang nyata, ambil gambar untuk kenangan dan melepak sambil tunggu kawan Khalid. Aku sempat telefon mak.
Sejam kemudian, kawan Khalid dah sampai. Diorang duduk kat Penang gak, jadi Khalid cadangkan kami untuk tidur dan mandi di rumah sewa Lan. There we rest and having a good shower. Jepp terus dah tak larat nak amik gambar. Ezy dengan Adi sebagai driver terus flat as tyre. Yang tak tidur hanya Ajis. Aku perasan sepanjang perjalanan, dia bermain gitar dalam van. Aku tau dia memang gelap orangnya tapi gigi dia yang putih tetap kelihatan. Dia enjoy bermain gitar BC Rich Iron-Bird Merah dia dengan membawa MT-2 BOSS dan Belcat 9 watt. Ajis tak tido. “Ni barulah namanya overnight”, katanya sambil senyum lebar. Tambahnya, inilah effort dia untuk band dan kawan-kawan.

DIMANAKAH VENUE TERSEBUT?

This is one crazy town. Dammit man, untuk jalan 2 lane dan sempit, berbaloikah trafik light selama 1-3 minit? Kami sesat hampir 30 minit. Sempat juga kami mengusik; di manakah agaknya venue tersebut. Bangunan lama? Church? Rumah terbakar? Tokong? Sebaik sahaja sampai, kami terus tengok stage dan kami mendapati stage tidak sebesar mana, dan biliknya agak panjang. One Kafe lebih besar rasanya. Sempat juga kami tengok ada this one band sedang soundcheck untuk err, 4 lagu (wtf) ? Takpe takpe, kome main le dulu. Kami terus keluar mencari tempat untuk mengisi perut. Dalam perjalanan aku terjumpa rumah terbakar. Aku terus cakap “weyh amek gambar weyh!!! Rumah terbakor!!”. Masing-masing dengan attitude no-hal-punya, terus bergambar. Kemudian kami teruskan usaha kami dalam mencari lokasi mengisi perut, sebab ramainya kedai Cina. Takut oink-oink pun bleh sesat jadi spider-pig. Bukan nak menjadi prejudis, tapi kami was-was dengan kuali, cawan yang diberi. Metal pun metal gak, tapi kebersihan top priority dalam bab makan-makan ni....tapi aku dan Shawal memang takkan makan sebab nak perform. Tangkap leleh siot.

BERMULA!

“Stop shitting around, man!”

Mesti tu jawapan dalam hati korang sebab aku tulis natang ni panjang bebenor. Sorilah, ni first time aku tulis artikel macam ni, aku tak dapat bezakan mana yang penting atau tak. Al-maklum lah, I tressure every seconds with my band (do I sounds like gay?).
Gig bermula dengan band Alia. Tetapi sebelum tu kami ambil pas dan aku sengih lebar sebab design pas yang cantik. Berbalik kepada gig, aku rasa Alia macam saudara kami sebab nama band kami L.Y.D.I.A.. Aku ketawa kecil. Hardcore tegar kedengaran, breakdown lebam bak kata Adly.  Aku keluar untuk periksa slot dan aku mendapati Scent of Carnage nombor 4 manakala Lie Your Death In Anger nombor 10 (nama band paling panjang dalam gig). Aku tak beberapa memberi perhatian kepada band ke-2 sebab aku berada di luar dari venue dengan Wira. Dia ajak teman warm-up vocal. Dia warm-up grunting. Bermodalkan air milo pekat, dia terus memanaskan tekak. Aku harap semuanya ok nanti.
Sebaik saja aku dan Wira sampai di atas, band ke-3 masih beraksi. Nampaknya aku andaikan overall band hardcore kecuali Scent of Carnage, Venterior, Lie Your Death In Anger,  dan Tysonn (dan aku rasa itu band yang menarik perhatian aku).  It’s not like I don’t like hardcore, it’s just too much and the breakdown was same, I can tell that 80% lagu mereka bermodalkan breakdown. But heck, that’s their music. Aku tak berhak untuk mengkritik sedangkan aku pun pasti audience takkan faham apa yang aku scream nanti.
But we are thankful enough for the invitation, dan segala benda yang dilalui menjadi pengajaran dan panduan untuk menjayakan persembahan kami. Jamming dan perfom adalah 2 benda berbeza.

 SCENT OF CARNAGE

Aku dan Shawal segera menolong Scent of Carnage untuk setting sound gitar dan position drum. Tapi aku paling kesian kat Ajis sebab amp Marshall yang disediakan tak beberapa bagus . Sekejap timbul, sekejap tenggelam. Aku sangkakan cable aku problem ataupun power supply untuk pedal problem. Jadi aku harapkan takde benda buruk berlaku. 10 minit berlalu, Wira kelihatan tak sabar-sabar untuk beraksi. Adi dengan pantas mencucuk bass Gibson (konon, padahal sticker!!!) dan terus setting volume dan bass volume. Adly juga tampak ringkas settingnya. Dengan riffing yang tajam kedengaran, memang sesuai untuk running chord lagu yang dimainkan.

Deicide – Scars of The Crucifix.
Aku dan Shawal bertanggungjawab untuk support mereka. Gladly ada segelintir yang sudi tampil ke hadapan untuk support termasuk Gaban (adik kandung Wira sendiri). Dengan terhegeh-hegeh dia datang ; “...eee abang perform, abang perform”.  Sebaik sahaja lagu bermula, aku dapat rasakan perasaan gemuruh masih menyelubungi mereka. Tetapi perasaan tu hilang setelah suara Wira yang jahat kedengaran.

Scent of Carnage – Dismembered Bodies.
Lagu ciptaan sendiri yang menceritakan tentang Mona Fendi. Riffing yang ada groove yet heavy. Breakdown tidak melebihi standard. Aku suka kalau lagu ni menjadi lagu pertengahan supaya yang lain boleh rest dan recover energy. Tapi aku mula perasan sound gitar milik Ajis kian tenggelam.

Scent of Carnage – Invest Your Sin.
Sebelum tu Wira sempat bercakap – “sapa rasa dosa dia banyak mai invest perabih kat orang lain, depa tak pernah rasa”.  Aku rasa tu kot apa yang dia cakap sebab telinga berdesing lagi. Lagu running chord yang banyak dan mencabarkan Adly sebab dia baru sahaja ingin menyesuaikan diri dengan BC Rich Iron-Bird. Pada masa ni, aku tak beberapa dengar sound gitar Adly dan bass Adi dah macam lemas.

Vital Remains – Icon of Evil.
Lagu penutup yang dinanti-nantikan oleh rakan-rakan kami.  Sebelum tu, Ezy suruh aku naik ke pentas untuk mengambil tempat Adly sebagai back-up vocal. “WHERE IS YOUR GOD NOW?”, ayat pembuka lagu Icon of Evil. Aku cuba sebaik mungkin untuk back-up ala-ala Dave Suzuki. Aku taktau la kalau teknik fry aku secantik vocalist Abigail William. But I have tried my best to guide Wira. Sebab aku rasa ada certain part dia lambat. Agak kelam-kabut sebenarnya lagu tu. Apatah lagi solo Adly tak kedengaran. Shawal naik ke pentas untuk membantu. And everything went good after that (I guess).

 LIE YOUR DEATH IN ANGER
Aku keluar sebentar untuk basahkan kepala (takut pitam). Aku pada mulanya agak rushing untuk setting tapi aku taknak perkara yang buruk menimpa kepada aku seperti mana Ajis kena. Shawal pun agak rilex di atas stage, siap borak-borak. Dalam kesibukan aku membetulkan tali cable berselirat, Gaban mula kacau aku. “Weyh Matt Heafy!!!”, aku pandang dia.  “Awat?” aku balas balik. Pastu kami gelak sama-sama.  Setelah mic diuji, aku testing riffing dengan Ezy 3-4 saat, kami bermula.
“Assalamualaikum warga Penang, Soundmaker Studio, kami Lie Your Death In Anger. Kami berasal dari Serdang. Bukan Serdang Kedah ya, tapi Serdang Selangor”.  Aku berseloroh. Tanpa membuang masa, kami mula beraksi. Lagu warm-up rutin kami dimainkan untuk panas jari dan panas tekak aku. Aku perasan, sebaik sahaja aku nyanyi (aku tak tipu, aku nyanyi) orang dari luar mula menjengah kami di stage. Dalam hati aku berbisik ; ‘this is a good start’.

All That Remains – This Calling.
Lagu yang bertenaga yang mampu memaksa Khalid untuk membuka baju sehingga menampakkan 2 butir metronome hahahahahaa. Aku sedar ada crowd yang sing along lagu tu. Aku agak terharu. Walaupun bukan lagu kami, tapi aku rasa dihargai sebagai orang jauh. Aku perasan yang Khalid menjaga tempo drum dengan baik, sehinggakan aku mampu kesat peluh di muka.

Trivium – Shattering The Skies Above.
Aku sempat cakap kat atas stage – “this next song is from Trivium, from the soundtrack God of War, this is Shattering The Skies Above”. Lagu yang agak mencabar dari segi teknikal. Gallop untuk part bridge menjadi kegemaran aku. Lirik yang pendek memudahkan aku untuk mengingat arrangement yang seterusnya.

Lie Your Death In Anger – Prologue of Chaos After Burial.
Let me explain about this song. Aku buat lagu ni, first of all, niat aku untuk mengetengahkan suara fry Shawal dan solo feel Ezy. Sebab aku susah nak jumpa scene metal-core yang main solo feel macam Ezy selama, I dunno, 30 seconds?  A minute? Bermula dengan riffing ala-ala marching soldier, kami agak bersemangat. Dan lagu yang paling banyak kami berposing!!!

Lie Your Death In Anger – Epic of The Condemn.
Lagu yang dinanti-nantikan oleh rakan-rakan kami yang support kami.  Aku bekerja keras untuk lagu ni sebab aku scream dan nyanyi 50:50 nisbah kekerapannya.  Aku terus full-power untuk lagu ni, aku dah macam orang berpolitik di atas pentas. Bertenaga!!!  Plus, save the best for the last! Aku hampir hilang suara.
Oh, aku baru perasan, kami satu-satunya berunsurkan melodic metal-core. Betul ke? Well what ever, aku dah takde benda nak tulis sebab taktau apa nak fikir so that’s it. My first attempt to write a BLOG.

-Yusuff Himself Lately-




Dalam van SEWA. Van SEWA.

Adly muka mengantuk sewaku tiba (sempat mengeluarkan BC Rich)

Left ; Shwawal, Ezy, Yusuff, Khalid.

Left : Adly, Khalid, Adi, Ajis, Wira.

Wira melafazkan serapah haram jadah.

Abang kacak!!!

Sesudah berbasah beramai-ramai a.k.a. mandi.

Ini bukan tempatnya....

Pun bukan...( Wira berangan nak buat gig kat dalam ni...)

Tak berkaitan.

Kanak-kanak yang jakon tengok umah terbakor.

Dan kami sempat mengambil gambar sebelum mencari tempat untuk mengalas perut.

Scent of Carnage is ready.

Gaban with the devil horn.

Jahat.

Icon of Evil.

Ezy bermain gitar untuk lagu warm-up.

Duta Sunsilk XD

Shred baby!!!

Scream!!!

Yeah!!!

Bang your head!!!

Lie Your Death In Anger - Prologue of Chaos After Burial.

Shoot!!!

Breakdown.

I love this scene.

Lie Your Death In Anger - Epic of The Condemn.

Panjangnya rambut.....

Ending of the song.

Thanks!!!

Khalid dah buka baju!!!!



Thanks again Penang!!!






Friday, 11 March 2011

what's my entry again?

my name is chuck
 and i am not a punk
 when it comes to funk
i am junk.


\m/